PM bersama anak, cucu lawat Zoo Johor

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila meluangkan masa bersama anak dan cucunya melawat Zoo Johor di sini sempena cuti umum perayaan Thaipusam pada Ahad.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 3.10 dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) untuk membuat lawatan tidak rasmi ke negeri ini.
Beliau berada lebih satu jam di zoo berkenaan yang merupakan zoo tertua di negara ini.
Sepanjang lawatan, beliau turut beramah mesra dengan pengunjung serta melayani permintaan orang ramai yang ingin bergambar bersamanya.
Sementara itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri berbesar hati apabila dimaklumkan Anwar berhasrat mengunjungi Zoo Johor bersama keluarga.
“Alhamdulillah, beliau memaklumkan keadaan zoo kini baik dan cantik selepas melalui proses penambahbaikan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Jafni berkata, Zoo Johor merekodkan kehadiran lebih 1.2 juta pengunjung sepanjang tempoh 14 bulan selepas dibuka semula kepada orang ramai.
Tambah beliau, zoo berkenaan turut mencatat hasil jualan tiket sebanyak RM5.5 juta sepanjang tahun 2025.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Zoo Johor bersama anak dan cucunya sempena cuti umum perayaan Thaipusam
- Beliau tiba menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) untuk kunjungan tidak rasmi
- Anwar Ibrahim berada lebih satu jam di Zoo Johor yang merupakan zoo tertua di Malaysia
- Beliau beramah mesra dengan pengunjung dan melayani permintaan bergambar bersama
- Zoo Johor mencatat kehadiran lebih 1.2 juta pengunjung dan pendapatan tiket RM5.5 juta sepanjang tahun 2025
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

