Jambatan runtuh: Guru sarat mengandung dibawa keluar guna helikopter

Wanita sarat mengandung dibawa menaiki helikopter untuk keluar dari Paitan ke Beluran.
Wanita sarat mengandung dibawa menaiki helikopter untuk keluar dari Paitan ke Beluran.
A
A
A

BELURAN – Seorang guru yang sarat mengandung terpaksa dibawa keluar menaiki helikopter dari Kampung Abuan, Paitan, pada Ahad, selepas jambatan yang menjadi laluan penghubung penduduk runtuh.

Pesakit, Siti Norjulailah Jumik, 26, yang kini hamil lapan bulan, mengalami kesukaran untuk keluar dari kampung berkenaan yang terletak kira-kira 150 kilometer dari pekan terdekat susulan keadaan jalan yang terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.40 tengah hari.

Laluan terputus menyebabkan wanita sarat mengandung dibawa menaiki helikopter untuk keluar dari Paitan ke Beluran.
Laluan terputus menyebabkan wanita sarat mengandung dibawa menaiki helikopter untuk keluar dari Paitan ke Beluran.

“Bilik Kawalan BBP Beluran menerima permohonan secara bersurat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 31 Januari 2026 berhubung permohonan bantuan perkhidmatan helikopter bagi menghantar seorang wanita atas faktor kesihatan (mengandung) serta kesukaran keluar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Abuan ke pekan terdekat dan lokasi bertugas sementara di SK Binsulung, Paitan.

“Sebuah helikopter jenis MI-171 bertolak dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9 pagi dan tiba di Padang Kampung Abuan pada jam 12.49 tengah hari bagi memindahkan pesakit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, pesakit kemudiannya dihantar ke Kompleks Sukan Beluran pada jam 1.19 tengah hari sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dibawa ke Hospital Beluran.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang guru hamil lapan bulan terpaksa dibawa keluar menaiki helikopter dari Kampung Abuan, Paitan kerana jambatan penghubung runtuh
  • Pesakit, Siti Norjulailah Jumik, mengalami kesukaran keluar dari kampung yang terletak kira-kira 150 kilometer dari pekan terdekat
  • Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.40 tengah hari
  • Permohonan bantuan perkhidmatan helikopter diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 31 Januari 2026
  • Pesakit dihantar ke Kompleks Sukan Beluran sebelum dibawa ke Hospital Beluran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!