KUANTAN - "Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata tetapi kita masih mampu memberi sumbangan wang untuk membantu saudara di Syria," demikian kata Pengurus Besar Yayasan Pahang (YP), Datuk Mahmud Mohd Nawawi  ketika melancarkan Tabung Kebajikan dan Keamanan 'Syria: Penderitaanmu Dirasai' di Dewan Utama YP.

Pelancaran tabung tersebut hasil kolaborasi YP bersama Aman Palestin Berhad bagi mengutip sumbangan selama sebulan bermula 17 Februari hingga 17 Mac depan untuk disalurkan kepada rakyat Syria melalui bantuan kemanusiaan.

Mahmud berkata, kerjasama itu sebagai satu inisiatif dan usaha keprihatinan YP dal membantu meringankan beban saudara seagama yang menderita akibat pergolakan di Syria.

Menurutnya, empat tabung diserahkan kepada kumpulan YP iaitu YP Plantations Holdings,ahad Tahfiz Negeri Pahang, Kolej Yayasan Pahang dan YP Hivea untuk mengutip sumbangan tersebut.

"Aman Palestin Berhad merupakan syarikat yang tidak berteraskan keuntungan dan aktif menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai.

"Kerjasama YP dengan Aman Palestin bukan sahaja dalam bentuk sumbangan kewangan semata-mata, tetapi kita turut menyediakan sukarelawan dari Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan),"katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Hasimah Saleh turut berkongsi pengalaman bersama 500 tetamu yang hadir pada majlis tersebut mengenai misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan kepada rakyat Syria.

Hasimah berkata, rakyat di negara berkenaan amat memerlukan bantuan terutama dari masyarakat Islam akibat kekejaman tentera rejim Bashar sejak 2011.

Menurutnya, orang ramai kini boleh menyalurkan sumbangan wang dengan melalukan auto debit melalui akaun bank setiap bulan selain pembelian barangan dan kutipan tabung.

"Sumbangan dihantar terus melalui misi bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan, pakaian dan projek kemudahan bagi meringankan beban penduduk di sana,"katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.