JERANTUT - Tujuh anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang kini giat memburu sekumpulan 17 ekor gajah liar yang memusnahkan tanaman di Kampung Bukit Rang Pulau Tawar minggu lepas.

Ketua Unit Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan Nasharuddin Othman berkata  kumpulan gajah itu akan dihalau kembali ke kawasan asal mereka bagi menjamin keselamatan penduduk.

"Setakat ini kami hanya menemukan tapak kaki dan juga najis kumpulan gajah ini dan kami akan giatkan usaha memburu mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama beliau menasihati penduduk agar tidak mengambil tindakan  sendiri termasuk memburu dan menghalau gajah liar kerana perbuatan itu boleh mengancam nyawa terutama jika berdepan dengan gajah yang cedera.

Sementara itu Ketua Kampung Bukit Rang Sharuddin Idris berkata kira-kira 20 hektar tanaman ubi, tebu, pisang, nenas dan betik milik penduduk kampung musnah dirosakkan oleh kumpulan gajah liar itu minggu lepas.

"Sejak kumpulan gajah liar itu memasuki kampung minggu lepas, penduduk kampung risau dengan keselamatan terutama setiap kali keluar ke kebun," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada PKGK yang bertindak pantas membantu penduduk menangani masalah gajah liar tersebut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BALING - Pagar elektrik bagi mengelakkan ancaman gajah liar termasuk memusnahkan tanaman penduduk kampung telah pun siap dipasang di tiga lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu di sini.
  • JELI - Lebih 30 pemilik kebun tanaman dari beberapa kampung, di sini, kerugian ribuan ringgit apabila tanaman mereka dimusnahkan gajah.
  • JERANTUT FERI - Masalah gangguan gajah liar yang dihadapi penduduk Kampung Paya Garuk di sini seperti tidak menemui jalan penyelesaian.
  • JERANTUT FERI - Kebanyakan pekebun di kawasan Pulau Tawar dan Kampung Paya Garuk di sini, tidak lena tidur kerana bimbang memikirkan nasib kebun mereka yang mukin dimusnahkan sekumpulan gajah liar yang dilihat aktif berkeliaran sejak kebelakangan ini.
  • PEDU - Penduduk Bukit Jaba, Mukim Pedu di sini semakin resah apabila kawasan dusun mereka menjadi sasaran gajah liar sejak April lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.