ALOR GAJAH - "Mak bukan sengaja tak datang, namun dia mengalami masalah penglihatan dan saya tak terkilan bila mak tak bersama ketika keputusan peperiksaan diumumkan, " kata Muhd Zuhairi Samsuri, 12, murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Muhd Zuhairi berkata, ibunya menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) setelah terlibat dalam satu kemalangan lebih 12 tahun lalu dan walaupun serba kekurangan namun ibunya tidak pernah melupakan tanggungjawab mengasuh mereka tujuh beradik termasuk dua orang adiknya yang berusia 10 dan 6 tahun.

Menurutnya, biarpun hanya memperolehi 5A 1B tapi dia bersyukur dan keputusan itu merupakan hadiah kepada ibunya yang banyak berkorban dan memberikan semangat selain ayahnya yang hanya bekerja sendiri.

"Adik-beradik kami ramai jadi untuk ke kelas tuisyen berbayar memang saya tak mampu dan selalu saya memberi tumpuan di dalam kelas.

"Guru-guru juga banyak membantu dan harap keputusan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah menengah kelak," katanya yang berhasrat untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Muhd Zuhairi merupakan satu-satunya calon yang mendapat 5A daripada 102 calon tahun 6 sekolah itu yang menduduki UPSR pada tahun ini sekali gus dipilih sebagai murid cemerlang UPSR 2016.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Walaupun tidak mencapai semua A dalam keputusan UPSR, saya sebagai bapa sudah cukup berbangga kerana ia adalah hasil usaha anak sulung saya sendiri. Saya hanya bagi sokongan,” kata seorang ahli perniagaan, Mohd Shahrul Azmi Sabuddin, 39.
  • KUALA TERENGGANU - Sekalipun tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya sejak enam bulan lalu selepas ibunya berpindah ke Putrajaya, ia bukan halangan buat Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 untuk merangkul 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • PENDANG - Anak sulong daripada empat adik beradik yang ibu bapanya merupakan seorang petani tidak menyangka akan memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
  • GONG BADAK - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan melaksanakan program khas untuk bantu murid yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • KUANTAN - Seorang murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor di sini yang kisahnya terpaksa dijemput guru untuk menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku pakaian seragam sekolah miliknya basah menyebabkan tidak hadir ke sekolah pagi, Isnin lalu.