JPJ beri amaran kontraktor pembersihan gaji pemandu lori sampah warga asing

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kontraktor pembersihan yang menggajikan warga asing sebagai pemandu lori sampah tanpa mematuhi syarat undang-undang yang ditetapkan.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, berdasarkan statistik operasi tahun lalu, kebanyakan kenderaan pembersihan khususnya lori sampah didapati dipandu oleh warga asing.
"Kita telah mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) serta syarikat-syarikat kontraktor berkaitan bagi menegaskan tindakan segera perlu diambil bagi menghentikan amalan tersebut," katanya dalam sidang media Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) di sini pada Selasa.
Hamidi berkata, JPJ tidak menghalang warga asing daripada memandu kenderaan di Malaysia, namun mereka wajib mematuhi semua peraturan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
“Sekiranya mahu menggaji warga asing, pastikan mereka mempunyai status imigresen yang sah dan lesen memandu yang diiktiraf.
“Tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang ingkar,” ujarnya.
Ringkasan AI
- JPJ Kuala Lumpur tidak akan berkompromi dengan kontraktor yang menggajikan warga asing sebagai pemandu lori sampah tanpa mematuhi undang-undang
- Kebanyakan kenderaan pembersihan, khususnya lori sampah, didapati dipandu oleh warga asing
- Pertemuan telah diadakan dengan PBT dan syarikat-syarikat kontraktor untuk menegaskan tindakan menghentikan amalan penggajian warga asing tanpa mematuhi syarat
- Warga asing boleh memandu di Malaysia asalkan mematuhi semua peraturan dan memiliki status imigresen yang sah serta lesen memandu yang diiktiraf
- Tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang ingkar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
