Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan

 Kerajaan Negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti hiburan jalanan atau "busking” di seluruh negeri pada 10 malam terakhir Ramadan. Gambar hiasan
Kerajaan Negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti hiburan jalanan atau "busking” di seluruh negeri pada 10 malam terakhir Ramadan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti hiburan jalanan atau "busking” di seluruh negeri pada 10 malam terakhir Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak berkepentingan semasa sesi libat urus pada 12 Januari lepas.

Beliau bagaimanapun berkata, bagi tempoh selain 10 malam terakhir, aktiviti terbabit dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

"MMKN telah menetapkan ketetapan berhubung pelaksanaan dan kawal selia aktiviti busking sepanjang Ramadan melibatkan PBT di seluruh Terengganu.

"Kerajaan negeri bersetuju melarang sepenuhnya aktiviti busking pada 10 malam terakhir iaitu 21 hingga 30 Ramadan 1447H) di seluruh kawasan pentadbiran PBT setiap daerah. Bagi malam selain 10 malam terakhir, aktiviti busking dibenarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan PBT masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Sukairi berkata, antara syarat utama yang perlu dipatuhi penyanyi jalanan ialah masa persembahan hendaklah bermula jam 9.30 hingga 12 tengah malam.

Selain itu, lokasi persembahan mestilah berada melebihi 500 meter dari jarak surau atau masjid manakala lagu yang dinyanyikan hendaklah berunsur ketuhanan, nasyid atau lagu raya.

Menurut beliau, ketetapan itu bertujuan menghormati kemuliaan Ramadan dan memastikan keselesaan serta keharmonian masyarakat.

"Saya juga nak tegaskan kepada PBT supaya tidak mengenakan fi atau caj yang tinggi kepada busker yang mematuhi syarat ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan negeri menyeru semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan demi menjaga kesucian Ramadan dan suasana harmoni di negeri ini," katanya. - Bernama

Ringkasan AI

  • Kerajaan Negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti hiburan jalanan atau "busking" di seluruh negeri pada 10 malam terakhir Ramadan
  • Keputusan tersebut dibuat setelah sesi libat urus dengan pihak berkepentingan
  • Aktiviti busking dibenarkan pada malam selain dari 10 malam terakhir Ramadan dengan syarat tertentu
  • Syarat utama termasuk masa persembahan dari 9.30 malam hingga 12 tengah malam dan lokasi persembahan harus lebih dari 500 meter dari masjid atau surau
  • Kerajaan negeri menghimbau semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga kesucian Ramadan dan suasana harmoni

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!