Guan Eng desak SPRM siasat projek rundingan terus BN, PN

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa beliau belum dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 101 projek perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diberikan secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Guan Eng berkata, SPRM akan terlebih dahulu menghubungi pihak Kementerian Kewangan yang mempunyai senarai projek berkenaan.

“Saya bukan menteri sekarang (Menteri Kewangan), takkan saya boleh umumkan apa projek itu, mana saya ada.

“Kerana butirannya tidak diberikan dalam apa-apa laporan, hanya jumlah seperti dinyatakan.

“Tapi dari segi projek-projek, mereka boleh peroleh dan jangan gunakan alasan ini untuk tidak dedahkan maklumat penuh kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng menggesa SPRM bertindak profesional dengan turut menjalankan siasatan terhadap projek rundingan terus di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak timbul isu antara dua darjat.

ARTIKEL BERKAITAN 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

SPRM didesak siasat, dedah butiran projek

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dengan berbuat demikian, SPRM boleh membuktikan bahawa agensi itu tidak menjadi senjata politik mana-mana pihak.

“Projek rundingan terus dibenarkan dalam keadaan banjir atau pun penyakit koronavirus (Covid-19) dan untuk menyegerakan kerja pemulihan dan penyelamatan.

“Contohnya, kegagalan perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang menghentikan perkhidmatan buat kali pertama sejak beroperasi 126 tahun.

“Sememangnya Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto Pilihan Raya Umum 2018 PH yang menyatakan dalam Janji 23, ‘kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar’, katanya.

Dalam kata lain menurut beliau, tender terbuka adalah asas perolehan tetapi dalam keadaan perlu, pengecualian boleh diberikan kepada projek rundingan terus.

Oleh sebab itu katanya, peratusan projek runding terus sebanyak RM6.6 bilion yang didedahkan hanya 1.4 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan di bawah PH.