101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Tengku Zafrul ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tengku Zafrul ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berdasarkan rekod yang diperolehnya.

"Untuk makluman dewan yang mulia ini, semasa pentadbiran sebelum ini, sejumlah 101 projek atau perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan," katanya ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir.

Terdahulu, Tengku Zafrul turut memberi pencerahan bahawa kerajaan melaksanakan perolehan projek kerajaan secara persaingan terbuka melalui kadar perolehan antaranya secara sebut harga, tender terbuka atau tender terbuka pra-kelayakan.

Namun begitu katanya, dalam keadaan tertentu kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan beberapa kriteria.

"Salah satu kriterianya adalah perolehan bekalan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera ia boleh memudaratkan atau menjejaskan perkhidmatan atau kepentingan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: