Kenyataan SPRM siasat KPPA adalah palsu

Kenyataan palsu yang ditularkan menerusi media sosial.
Kenyataan palsu yang ditularkan menerusi media sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - Satu kenyataan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rasuah melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertarikh 23 Ogos 2023 seperti yang ditularkan menerusi media sosial adalah palsu.

Tegas SPRM, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Pada April lalu, Jabatan Perdana Menteri turut menafikan kenyataan kononnya SPRM akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan KSN dan KPPA.

Artikel Berkaitan: