Anwar zahir dukacita konflik global berlarutan tanpa noktah

Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana pada Sabtu. Foto: Bernama
Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana pada Sabtu. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap konflik global yang masih berlarutan dan menyifatkannya sebagai menguji keamanan sejagat.

Beliau berkata, penderitaan rakyat Gaza di Palestin masih belum selesai namun dunia kini sekali lagi dikejutkan dengan ketegangan baharu iaitu serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

"Apa yang berlaku hari ini yang sangat mengganggu ketenangan saya iaitu masalah Gaza belum selesai. Kita makan tetapi ada yang masih kebuluran di sana. (Kini) terbeban lagi dengan keputusan Israel dengan sekutu AS menyerang Iran hari ini.

"Kalau belum kita dapat belajar erti perpaduan dan akhlak yang baik, saya tidak tahu apa lagi, jarang sekali dalam sejarah manusia begitu banyak tragedi yang menimpa umat yang terus berlaku di depan mata kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta lebih 300 warga kedua-dua kementerian.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai 'serangan awal' terhadap musuh ketatnya bagi 'menghapuskan ancaman'.

Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan dukacita terhadap konflik global yang berlarutan
  • Beliau menyoroti penderitaan rakyat Gaza dan konflik baru antara Israel dengan Iran sebagai contoh ketegangan yang berkesudahan
  • Anwar menyatakan ketegangan ini sebagai cabaran terhadap keamanan sejagat dan menganggap banyak tragedi berlaku tanpa penyelesaian
  • Perdana Menteri menyuarakan pandangan ini dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Ketegangan di Timur Tengah meningkat dengan serangan oleh AS dan Israel terhadap Iran, disifatkan sebagai 'serangan awal'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!