Iran mulakan serangan balas, lancar peluru berpandu ke atas Israel

TEHERAN - Iran dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Sabtu, selepas negara itu diserang oleh Israel bersama Amerika Syarikat, menurut kenyataan rasmi dari tentera Israel.
Menurut pasukan pertahanan Israel, gelombang peluru berpandu tambahan telah dikesan dilancarkan daripada wilayah Iran menuju ke Israel.
Serangan balas ini dipercayai adalah tindak balas langsung Iran terhadap serangan udara awal yang menyasarkan beberapa lokasi di Tehran dan bandar‑bandar lain.
Serangan peluru berpandu oleh Iran berlaku di tengah peningkatan ketegangan ketenteraan antara Teheran dan gabungan Israel‑Amerika Syarikat.
Tindakan balas Iran ini turut menyebabkan sistem amaran kecemasan di Israel diaktifkan, termasuk siren kecemasan di beberapa kawasan bandar.-Agensi
Ringkasan AI
- Iran melancarkan serangan peluru berpandu balas ke arah Israel
- Serangan itu merupakan respons terhadap serangan udara Israel dan Amerika Syarikat
- Pasukan pertahanan Israel mengesan gelombang tambahan peluru berpandu dari Iran
- Serangan balas ini meningkatkan ketegangan ketenteraan antara Iran dan gabungan Israel‑Amerika Syarikat
- Sistem amaran kecemasan di Israel diaktifkan, termasuk siren kecemasan di beberapa kawasan bandar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
