Tangguh dahulu ziarah Mufti Perak

Kenyataan media oleh Jabatan Mufti Perak berhubung keadaan semasa kesihatan Harussani hari ini.
Kenyataan media oleh Jabatan Mufti Perak berhubung keadaan semasa kesihatan Harussani hari ini.
A
A
A

IPOH - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menziarahi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di hospital buat masa ini.

Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan berkata, pakar menyarankan agar Harussani diberikan rehat secukupnya untuk memastikan tahap kesihatan lebih baik.

Menurutnya, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan menziarahi beliau.

"Alhamdulillah dan sukacita dimaklumkan bahawa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berada dalam keadaan yang stabil dan bertambah baik. Beliau kini dalam pemantauan di bawah perhatian doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital," menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, umat Islam khususnya di Perak boleh mengadakan solat sunat hajat, bacaan Yasin dan berdoa agar kesihatan Harussani bertambah baik.

Kelmarin, Harussani dikejarkan ke KPJ Ipoh Specialist Hospital, di sini selepas mengalami strok di rumahnya.

Bagaimanapun semalam, keadaan beliau bertambah baik dan memberi respons positif tetapi masih dirawat di ICU.

ARTIKEL BERKAITAN: Doakan Mufti Perak cepat sembuh

Artikel Berkaitan:

Kesihatan Mufti Perak bertambah baik