38 dikompaun berkumpul tepi pantai

Antara yang dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKPP malam tadi.
Antara yang dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKPP malam tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seramai 37 lelaki dan seorang wanita yang melepak dan berkumpul di sekitar kawasan tepi laut termasuk jeti di Pantai Bersih di sini dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, semua individu itu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di tepi pantai di kawasan Pantai Bersih bermula jam 10.30 malam selepas menerima maklumat berhubung kehadiran pengunjung yang ramai di situ dan tidak mematuhi SOP.

"Dalam pemeriksaan itu, polis mengeluarkan 38 kompaun kepada semua individu itu yang berusia 18 hingga 39 tahun kerana ingkar PKPP dengan berkumpul tanpa menjaga penjarakan fizikal malah ada yang tidak memakai pelitup muka.

"Selain di tepi laut, ada dalam kalangan mereka turut berkumpul di kawasan jeti menaikkan ikan di situ tanpa sebab munasabah dan membuat bising," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak berkumpul tanpa alasan yang munasabah dan mengikut SOP ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: