Pekan lama Kangar akan dibangunkan semula

Deretan rumah kedai berusia ratusan tahun di pekan lama Kangar, Perlis. (Gambar kecil: Asrul Aimran)
Deretan rumah kedai berusia ratusan tahun di pekan lama Kangar, Perlis. (Gambar kecil: Asrul Aimran)
A
A
A

KANGAR - Kawasan pekan lama Kangar akan dibangunkan semula selain dicadangkan dinaik taraf sebagai nadi pusat bandar bagi mengubah wajah dan imej kawasan tersebut.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, cadangan menghidupkan semula aktiviti perniagaan di pekan lama Kangar telah diberi perhatian dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2035 (RT MPKPs 2035).

Menurutnya, sebanyak RM910,000 diperuntukkan kepada MPK untuk kerja perindahan dan landskap bandar di sekitar negeri itu pada tahun ini.

“Ia bertujuan untuk mencipta suasana bersih, teratur dan indah yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan perniagaan di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Gan Ay Ling (Pakatan Harapan-Indera Kayangan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Khamis.

Asrul Aimran berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membangunkan semula pekan lama Kangar.

“Dalam merencanakan perancangan ini, kerajaan negeri mengambil kira dasar-dasar pembaharuan semula bandar sedia ada seperti yang tertera dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4).

“Cadangan untuk hidupkan semula aktiviti perniagaan di pekan lama Kangar juga diwujudkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, dan dicadangkan menjadi nadi Kangar agar menjadi pemangkin kepada imej baharu bandar itu sebagai Bandaraya Sejahtera,” ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: