Seluruh rakyat Pahang bangga

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang serta seluruh rakyat Pahang bersyukur dan bangga atas pemilihan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-16.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau mewakili seluruh rakyat mengutuskan setinggi-tinggi sembah tahniah kepada baginda atas pemilihan seperti yang diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu, hari ini.

“Saya dan seluruh rakyat berkeyakinan Al-Sultan Abdullah akan dapat memikul tanggungjawab ini dengan jaya dan cemerlang.

“Seterusnya membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada negara kita yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Sultan Abdullah Yang di-Pertuan Agong ke-16


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia