Sila log masuk terlebih dahulu.

Sugu Pavithra bakal buat kemunculan semula

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Peminat YouTuber sensasi Sugu Pavithra boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube 'Sugu Pavithra' pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui telah memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

"Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya ketika dihubungi di Bernama di sini hari ini.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada Selasa lepas, namun Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber luka, lebam dipukul suami

Suami YouTuber sensasi ditahan cederakan isteri

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan memadam semua video.

"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri

Sugu mengaku tidak bersalah sengaja cederakan Pavithra

'Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku...'

Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan tersebut pada 8 Mei lalu yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.

Empat hari selepas itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahi pasangan suami isteri berkenaan satu unit tripod dan beberapa barangan lain. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu hidup biasa-biasa sahaja, Pavithra tolak jadi Ikon Bandaraya Ipoh

Sugu Pavithra buang semua video di saluran YouTube

Sugu Pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan YouTube

Pavithra tergamam pertama kali jumpa Muhyiddin