X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku...'

YouTuber sensasi S. Pavithra, 28, hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi mengikuti kes suaminya M. Sugu, yang didakwa atas tuduhan memiliki senjata berbahaya, pada Selasa lepas.
 - Foto Bernama
A
A

IPOH - "Saya maafkan suami". Itu ungkapan ringkas diberikan oleh S Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara, sejak beberapa hari ini.

Pavithra, 28, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

"Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Pavithra mengaku tidak bersalah

Anugerah ikon hanya untuk anak kelahiran Ipoh: MBI

Berang nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri

Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik

"Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube 'Sugu Pavithra'.

"Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus