X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Sugu Pavithra buang semua video di saluran YouTube

Tinjauan Sinar Harian di YouTube pasangan suami isteri itu mendapati tiada lagi video di laman berkenaan.
A
A

IPOH - Semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube 'Sugu Pavithra' telah dipadam.

Tinjauan Sinar Harian di laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Video terakhir mereka ialah percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video berkenaan dimuat naik minggu lalu dan berjaya meraih lebih 281,980 tontonan.

Pasangan itu mula mencipta saluran Sugu Pavithra sejak 28 Januari lepas dan perkongsian video masakan mereka telah memperolehi lebih 34 juta tontonan.

Semalam, pasangan ini menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah atau gelaran ikon dan hanya mahu memberi fokus kepada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube Sugu Pavithra.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku...'

Suami Pavithra mengaku tidak bersalah

Anugerah ikon hanya untuk anak kelahiran Ipoh: MBI

Berang nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri

Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik

Mahu hidup biasa-biasa sahaja, Pavithra tolak jadi Ikon Bandaraya Ipoh

Pada Mei lalu, pasangan ini menerima gaji sulung sebagai YouTuber selepas menjadi rakan YouTube (YouTube Partner).

Pada pertengahan Julai pula, pasangan ini menerima anugerah 'Silver Play Button’ daripada YouTube.

Lebih membanggakan perkongsian video masakan mereka turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa hadiah termasuk tripod yang menjadi perangsang untuk pasangan berkenaan terus berkongsi video memasak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!