AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya, petang ini berhubung pembebasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat kes salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, notis rayuan itu adalah membabitkan keputusan mahkamah yang membebaskan Muhyiddin, 76, atas empat pertuduhan itu.

“Kita akan merayu dan failkan notis petang ini namun buat masa ini kita terima sahaja keputusan mahkamah,” katanya

Wan Shaharuddin
Wan Shaharuddin

Ditanya mengenai baki tiga lagi pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu iaitu pengubahan wang haram dan menerima hasil aktiviti haram (AMLA), Wan Shaharuddin berkata, pendakwaan akan memohon di Mahkamah Sesyen agar perbicaraan kes itu ditangguhkan.

Beliau berkata, sebelum ini mahkamah menetapkan 19 September depan untuk sebutan semula kes bagi permohonan perbicaraan bersama.

“Saya tidak boleh komen kalau pasukan pembelaan Muhyiddin menyatakan keyakinan untuk dibebaskan bagi tiga lagi kes ini, itu hak mereka.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini arahan yang kami terima ialah memohon untuk menangguhkan kes AMLA,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Pengerusi PN ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Pada 13 Mac pula, Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini