X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Berang nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri

Polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini.
A
A

IPOH - Tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon disyaki menjadi punca suami yang juga pasangan YouTuber sensasi naik berang hingga mencederakan isterinya semalam.

Dalam satu majlis di Ipoh pada Isnin lalu pasangan berkenaan dijemput untuk menerima pengiktirafan ikon selepas kejayaan mereka membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.

Bagaimanapun, suami pasangan itu tidak berpuas hati apabila hanya nama isteri sahaja yang dicalonkan menyebabkan timbul perselisihan faham dan berlanjutan hingga membawa kepada kejadian pukul di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang itu, tindakan suspek yang berada dalam keadaan mabuk dan memegang sebilah sabit disedari jururawat dan pengawal keselamatan hospital.

Susulan kejadian itu, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh bermula malam tadi.

Polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Suami YouTuber sensasi ditahan cederakan isteri

YouTuber luka, lebam dipukul suami


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!