Covid-19: Terus amalkan sikap berjaga-jaga

Disiplin, kawalan dan penguatkuasaan kendiri adalah cara berkesan untuk memastikan pemulihan cepat daripada pandemik Covid-19. - Foto 123RF
Disiplin, kawalan dan penguatkuasaan kendiri adalah cara berkesan untuk memastikan pemulihan cepat daripada pandemik Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun negara mencatatkan pencapaian cemerlang dalam mengendalikan dan mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) terutama mendatarkan keluk penularan wabak itu, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap berjaga-jaga, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

"Faktanya adalah virus itu masih menular dan merupakan musuh tidak kelihatan. Walaupun kita boleh berbangga bahawa ramai yang memakai pelitup muka di tempat-tempat awam, masih ramai yang tidak berbuat demikian di kawasan sesak yang terdapat kebarangkalian bagi penularan penyakit itu.

“Ramai yang tidak mengamalkan penjarakan sosial. Kita perlu lakukan semua itu atas inisiatif sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, disiplin, kawalan dan penguatkuasaan kendiri adalah cara berkesan untuk memastikan pemulihan cepat daripada pandemik itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: