Henderson dedikasi trofi EPL kepada Gerrard

Jordan Henderson, Steven Gerrard
Jordan Henderson, Steven Gerrard
A
A
A

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson mendedikasikan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada legenda skuad The Reds, Steven Gerrard yang disifatkannya selaku kapten paling berpengaruh dan berjaya bagi pasukan berkenaan.

Henderson berkata, dedikasi berkenaan diibaratkan sebagai penghormatan besar terhadap Gerrard yang telah banyak membantu kejayaan skuad The Kopps itu sebelum ini.

Menurutnya, Gerrard adalah antara individu pertama yang dihubunginya bagi memaklumkan mengenai kejayaan Liverpool muncul juara EPL kali ini.

"Gelaran EPL ini adalah untuk anda (Gerrard). Kejayaan ini adalah agak peribadi bagi saya dan sudah pasti melakukannya untuk Gerrard adalah sesuatu yang besar kerana saya tahu nilai trofi EPL ini kepadanya.

"Ya, dia begitu gembira kerana kami mampu menjuarainya (EPL). Saya telah bercakap dengannya (Gerrard) mengenai kejayaan Liverpool. Saya juga akan bercakap lagi dengannya pada hari-hari akan datang.

"Ini semua kerana apa yang telah dilakukannya kepada saya dan juga jasanya kepada pasukan selama ini yang dilihat sangat penting," katanya.

Malah katanya, Gerrard juga telah diundi selaku pemain terbaik Liverpool minggu ini, dalam satu undian yang dikendalikan oleh sebuah stesen radio terkemuka di United Kingdom.

"Pada siaran radio berkenaan, saya dan Klopp turut bercakap mengenai peranan Gerrard sebagai kapten bagi membantu Liverpool selama ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam pada itu, saya juga dimaklumkan Gerrard turut menyuarakan penghargaan kepada saya yang berjaya mengetuai Liverpool untuk pencapaian yang hebat hingga muncul juara EPL musim ini menerusi laman-laman media sosial," katanya.

Sementara itu, Henderson menyifatkan trofi EPL yang dimenangi Liverpool bukan sahaja ditujukan kepada pemain dan penyokong, tetapi juga kepada bekas pemain seperti legenda Liverpool, Kenny Dalglish yang telah banyak berjasa kepada kelab berkenaan.