Liverpool tidak akan jual Salah

SALAH FOTO: EPA
SALAH FOTO: EPA
A
A
A

LIVERPOOL tidak berhasrat untuk menjual Mohamed Salah semasa jendela perpindahan ini dan tidak akan berunding dengan Al-Ittihad yang dilaporkan membuat tawaran baharu untuk memikat bintang Mesir itu.

Al-Ittihad yang membeli Fabinho dari Liverpool dengan harga £40 (RM200juta) pada musim panas bersedia untuk membida kira-kira £52 juta (RM261 juta) untuk Salah.

Kelab Arab Saudi itu juga bersedia untuk menawarkan kontrak dua tahun kepada pemain berusia 31 tahun itu bernilai £141 juta(RM708 juta).

Bagaimanapun, keputusan Liverpool tetap tidak berubah dan tidak akan menjual pemainnya itu walaupun mendapat tawaran tinggi.

Awal bulan ini ejen Salah, Ramy Abbas Issa menafikan Salah akan meninggalkan Anfield.

“Jika Salah mempertimbangkan untuk meninggalkan Liverpool tahun ini, kami tidak akan memperbaharui kontrak pada musim panas lalu.

"Salah tetap akan kekal di Anfield," katanya.

Belum ada tanda bahawa Salah yang merupakan pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Liverpool telah mengubah fikirannya mengenai perpindahan itu.

Artikel Berkaitan:

Al-Ittihad juga sebelum ini telah menandatangani Karim Benzema, N’Golo Kanté dan bekas pemain sayap Celtic, Jota pada musim panas ini.