Sarriball punca Hazard keluar dari Stamford Bridge

Corak permainan Sarri didakwa antara punca Hazard mengambil keputusan meninggalkan Stamford Bridge.
Corak permainan Sarri didakwa antara punca Hazard mengambil keputusan meninggalkan Stamford Bridge.
A
A
A

FALSAFAH bola sepak Maurizio Sarri yang membosankan antara punca bekas penyerang Chelsea, Eden Hazard mengambil keputusan menyertai Real Madrid tahun lalu.

Menurut bekas penolong pengurus Sarri di Chelsea, Gianfranco Zola, kehadiran pengendali kelahiran Itali itu bagi menggantikan Antonio Conte pada musim 2018/19 nyata mengubah gaya permainan The Blues.

“Tidak dinafikan Sarri berjaya membawa trofi Liga Europa yang menjadi antara kejayaan terbaiknya di Chelsea. Namun, corak latihan dengan pendekatan yang sama menyebabkan pemain-pemain hilang kreativiti.

“Gaya permainan bola sepak Sarri yang menekankan umpanan pendek membuat pemain bintang seperti Hazard dan Willian berasa bosan semasa sesi latihan.

“Hazard merupakan pemain yang berbakat dan pemain yang tahu cara bagaimana untuk memenangi perlawanan dengan gaya tersendiri. Tetapi dia menderita akibat corak latihan yang diterapkan Sarri,” katanya.

Zola memberitahu, biarpun bosan dengan pendekatan Sarriball yang dipraktikkan pengendali berusia 61 tahun itu, namun para pemain tetap meneruskan tanggungjawab masing-masing.

“Setia pemain cuba mengikuti arahannya, namun selepas beberapa minggu dengan jadual perlawanan padat, mereka mula menjadi letih dan bosan. Bagi saya, mereka masih bersikap profesional walaupun bosan melalui cara yang berulang-ulang,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: