Real Madrid buru khidmat Kane

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

REAL Madrid bersaing untuk menandatangani penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas penyerang utama mereka, Karim Benzema akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah menyenaraikan Kane sebagai pilihan utama selain turut menyasarkan pemain Chelsea, Kai Havertz.

Bagaimanapun, Real dilaporkan tidak mungkin akan membayar £100 juta (RM492 juta) untuk Kane tetapi akan mengadakan rundingan dengan Spurs.

The Mirror melaporkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy tetap akan meletakkan tanda harga yang tinggi untuk mengurangkan minat pasukan lain mendapatkan Kane.

"‌Levy juga bertegas bahawa beliau tidak akan menjual kepada pasukan di Liga Perdana Inggeris dan ia dilihat akan menggagalkan minat Manchester United pada musim panas ini. ‌

"‌Sekarang waktunya untuk Real memujuk Spurs dan cuba untuk menarik minat Kane menyertai pasukan itu.

"Mereka (Real) berkemungkinan besar tidak bersetuju untuk membayar £100 juta untuk pemain yang mencecah 30 tahun bulan depan dan mempunyai baki kontrak setahun," kata laporan itu.