X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin tiba ke mesyuarat tergempar Bersatu

Muhyiddin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.

Kenderaan rasmi Presiden merangkap pemangku Pengerusi Bersatu itu tiba pada jam 8.25 malam.

Terdahulu berdasarkan notis mesyuarat yang tersebar, mesyuarat dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Muhyiddin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.
Muhyiddin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.

Rumah Kelab PAUM menjadi tumpuan media sejak jam 6 petang lagi namun warga media tidak dibenarkan masuk dan hanya berada di pekarangan kawasan tersebut.

Mesyuarat tersebut didakwa akan memuktamadkan penyingkiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari parti itu.

Selain itu, perbincangan untuk Bersatu kembali menyertai UMNO juga dikatakan menjadi agenda utama mesyuarat berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!