X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi MBI hanya guna separuh tenaga kerja

Rumaizi (tengah) menyampaikan kotak makanan kepada ahli Permai di Dewan Mesyuarat MBI di sini hari ini.
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memberi keutamaan kepada usaha menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan cabaran ekonomi dalam memastikan Bandar raya Ipoh terus mampan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya sedang berusaha mencari kaedah terbaik menangani isu berkenaan dalam satu masa.

Menurutnya, biarpun tumpuan akan diberikan kepada dua isu tersebut, pihaknya tetap terus memastikan masyarakat di bandar raya ini tinggal dalam keadaan selesa.

"Dalam tempoh jangka masa pendek ini, kita sedang berusaha bagaimana nak berhadapan dengan cabaran Covid-19 dan kemelesetan ekonomi yang akan kita hadapi untuk ditangani dalam satu masa.

"Kita akan memberi fokus untuk seimbangkan kedua-dua isu ini. Untuk jangka masa panjang pula kita mahu memastikan bandar raya ini terus mampan untuk masyarakat di sini berasa selesa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Bantuan Kotak Makanan Harian Kepada Ahli Persatuan Pesara MBI (Permai) di Dewan Mesyuarat MBI di sini hari ini.

Sementara itu, Rumaizi berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), MBI hanya menggunakan khidmat 50 peratus kakitangannya untuk menjalankan tugas secara penggiliran.

Katanya, bagaimanapun bagi kakitangan sektor-sektor atau jabatan penting, mereka bertugas secara sepenuhnya mana perkhidmatan kaunter juga dibuka seperti biasa.

Dalam pada itu, sepanjang Aidilfitri, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah akan berjalan seperti biasa bagi memastikan bandar raya ini terus bersih.

Menurutnya, dijangka jumlah sisa pepejal yang dihasilkan pada Aidilfitri kali ini mungkin meningkat disebabkan orang ramai tidak pulang ke kampung akibat PKPB.

Pada program tersebut, lima wakil Permai menerima bantuan kotak makanan manakala baki 100 kotak makanan diagihkan ke rumah penerima bantuan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!