Ciri keselamatan laman web INSAN sedang diperkukuh - MBI

Laman sesawang INSAN tidak dapat diakses pada Khamis.
Laman sesawang INSAN tidak dapat diakses pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Laman web Program Insurans Am Selangor (INSAN) sedang diperkukuhkan dengan ciri keselamatan tambahan selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan sistem itu untuk tujuan berniat jahat.

Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) dalam satu kenyataan berkata, dakwaan terdapat elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor bagi pendaftaran INSAN adalah tidak tepat.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan proses prapendaftaran secara automatik dengan memadankan maklumat daripada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor kad pengenalan rakyat Selangor susulan menerima aduan kekangan mendaftar skim itu terutamanya daripada warga emas.

Menurutnya, walaupun prapendaftaran automatik ini menyediakan polisi kepada rakyat dan penduduk Selangor namun setiap penerima polisi perlu menyempurnakan proses pengesahan diri dan bersetuju menerima tawaran perlindungan tersebut.