Jumlah kes Covid-19 menurun 9.9 peratus

umlah kes Covid-19 menurun 9.9 peratus kepada 5,801 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME 21/2023) iaitu bagi tempoh 21 hingga 27 Mei, berbanding 6,439 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan

A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes Covid-19 menurun 9.9 peratus kepada 5,801 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME 21/2023) iaitu bagi tempoh 21 hingga 27 Mei, berbanding 6,439 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk yang disyaki dijangkiti, ke fasiliti kesihatan awam menurun daripada 5.8 kepada 5.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 21/2023 berbanding ME 20/2023 iaitu bagi tempoh 14 hingga 20 Mei.

Beliau dalam kenyataan pada Rabu berkata, peratus pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) dan peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 masing-masing menurun sebanyak empat peratus pada ME 21/2023 berbanding minggu sebelumnya.

"Pada ME 21/2023, sebanyak 113 varian baharu dilaporkan yang terdiri daripada 87 kes varian membimbangkan (VOC) dan 26 varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) dan kesemuanya ialah varian Omicron," katanya.