Jika tiada perkhidmatan perlu ke bayar?

Laporan Sinar harian semalam.
Laporan Sinar harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - 'Jika tiada perkhidmatan perlu ke bayar? Bayar niat sedekah sahaja, tidak perlu bayar penuh'.

Demikian antara reaksi dan persoalan netizen berkaitan pengusaha bas sekolah yang meminta bayaran bulanan daripada ibu bapa meskipun sesi persekolahan belum bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana Mac lalu.

Bagi Intan Wati, ketika ini rakyat semua terbeban dengan masalah kewangan yang meruncing akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Kalau orang itu bergaji tidak apa, kalau tidak bekerja, mesti gaji tidak dibayar. Inikan pula hampir tiga bulan tiada perkhidmatan. Bagaimanapun, terpulang kepada ibu bapa seberapa ikhlas untuk menyumbang kepada pihak berkenaan," katanya.

Haslinda Ramli pula berpendapat, meskipun perkhidmatan bas tidak dilaksanakan semasa PKP, pihak tersebut juga perlukan sumber pendapatan ketika negara dilanda Covid-19.

"Saya bayar sahaja duit bas sekolah sebab fikir itu sumber pendapatan mereka. Kalau tiada sumber pendapatan macam mana mereka hendak meneruskan kehidupan.

"Cuba kita bayangkan kalau kita berada di tempat mereka, ini cuma pendapat saya sahaja atas dasar kemanusiaan," katanya.

Yanti Tarudin yang juga pengusaha bas bersyukur kerana pelanggan (ibu bapa) membantunya dengan membuat pembayaran dalam tempoh PKP.

Artikel Berkaitan:

"Tidak kena pada diri senang cakap, mereka bukanya dapat Bantuan Prihatin Negara (BPN).

"Alhamdulillah saya berterima kasih banyak pada ibu bapa yang bantu saya untuk teruskan hidup bayar seikhlas hati dan saya tidak paksa, tanpa ibu bapa siapalah pengangkutan, hidup saling tolong-menolong," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operator bas sekolah sepatutnya tidak meminta bayaran kerana mereka tidak menyediakan perkhidmatan sepanjang PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pengusaha bas sekolah minta bayaran dibawa ke kementerian

"Tidak ada perkhidmatan tentu tidak boleh minta bayaran. Ia perkhidmatan menghantar pelajar ke sekolah dan tidak ada sebab untuk meminta ibu bapa membayarnya.

"Namun perkara ini akan dibawa ke pengetahuan Kementerian Pengangkutan," katanya.