Pekerja asing wajib jalani ujian swab: Ismail Sabri

Ujian swab bagi menyaring individu yang disyaki dijangkiti Covid-19 tidak membatalkan puasa seseorang.
Gambar kecil: Ismail Sabri
Ujian swab bagi menyaring individu yang disyaki dijangkiti Covid-19 tidak membatalkan puasa seseorang. Gambar kecil: Ismail Sabri
A
A
A

PUTRAJAYA - Pekerja asing di semua sektor di negara ini perlu menjalani ujian swab sebagai langkah pencegahan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ia susulan peningkatan jumlah positif Covid-19 selama dua hari berturut-turut yang berpunca daripada pekerja tersebut.

"Peningkatan kes positif Covid-19 ini berlaku dalam kalangan pekerja asing di sebuah tapak pembinaan di Ampang. Bagi membendung merebak, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan ia ditutup.

"Mesyuarat hari ini bersetuju mewajibkan pekerja asing di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan, komersial dan kedai makan membuat saringan atau ujian swab.

"Mereka perlu melakukan langkah itu kos tersebut ditanggung oleh majikan," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan wujud satu lagi kluster baharu iaitu dari tapak pembinaan Kuala Lumpur.

Menurutnya, ia selepas 28 kes positif wabak Covid-19 dikesan di kawasan itu.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneliti punca berlaku kluster baharu itu dan tidak menolak kemungkinan mempunyai kaitan dengan kluster sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, KKM bercadang melaksanakan ujian tersebut bermula di Kuala Lumpur.

"Selepas ini, bagi membendung penularan Covid-19, mana-mana premis atau lokasi yang dikesan mempunyai kes positif virus tersebut akan kita tutup serta merta," katanya.