X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Argentina tambah 15,000 lagi petugas kesihatan

A
A

ANKARA - Kementerian Kesihatan Argentina menambah bilangan kakitangan kesihatan kepada 15,000 orang lagi dalam usaha membendung wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Menurut kenyataan kementerian semalam, jumlah itu termasuk 5,000 siswazah baru tamat pengajian dalam bidang kesihatan dan hampir 4,000 sukarelawan profesional.

Pengarah Pembangunan Sumber Manusia kementerian, Pedro Silberman berkata, mereka kini sedang menjalani latihan.

Tambah beliau, kementerian turut mewujudkan peranti teleperubatan untuk pakar dari Persatuan Unit Rawatan Rapi (ICU) Argentina memantau 800 ICU di seluruh negara.

Argentina mempunyai hampir 1,900 kes Covid-19 dengan hampir 80 kematian, menurut Johns Hopkins University. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus