Nursahira dibenar tangguh hukuman penjara, denda

Nursahira berkata sesuatu kepada Naran selepas selesai proses permohonan penangguhan hukuman di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini. Turut kelihatan Muhammad Azlan (dua dari kanan).
Nursahira berkata sesuatu kepada Naran selepas selesai proses permohonan penangguhan hukuman di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini. Turut kelihatan Muhammad Azlan (dua dari kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menerima permohonan seorang pembantu kedai untuk menangguhkan sementara hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara ke atasnya kerana mengeluarkan perkataan jelek.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, juga dibenarkan untuk ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin dan dia diwajibkan melaporkan diri di Balai Polis Pendang setiap dua minggu bermula hari ini.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah pihak pendakwa raya dan pembelaan selepas peguam bela tertuduh memfailkan rayuan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar yang menolak permohonan penangguhan hukuman tertuduh pada 7 April lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azrul Abd Rahman membantah permohonan pihak pembelaan kerana menyifatkan kesalahan tertuduh sebagai serius, sudah tular di media sosial dan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkannya.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Datuk Naran Singh dalam hujahnya berkata, tertuduh tidak diwakili peguam semasa hukuman dijatuhkan pada 31 Mac lalu.

Wang jaminan dibayar oleh seorang ahli perniagaan, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali dan sebutan pertama rayuan bagi kes itu dijangka pada Mei ini.

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan Mahkamah Sesyen Alor menolak permohonan seorang pembantu kedai untuk menangguhkan hukuman penjara lima bulan ke atasnya sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Nursahira dijatuhkan hukuman tiga bulan dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan pada 31 Mac kerana menghina polis di media sosial namun disebabkan gagal membayar denda, dia dikenakan tambahan penjara dua bulan.

Artikel Berkaitan:

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira menggunakan laman Facebook profil, Sahira Eyraa secara sedar telah membuat penghantaran komunikasi jelik pada 27 Mac 2020 kira-kira jam 8.30 malam sehingga 10.12 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu kedai dipenjara 3 bulan, denda RM10,000 hina polis

Permohonan tangguh hukuman penjara pembantu kedai ditolak

Hamba ALLAH bantu Nursahira bayar denda