Ahli Parlimen bakal didenda hingga RM10,000 jika langgar peraturan

Datuk Johari Abdul. - Foto Bernama
Datuk Johari Abdul. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Mana- mana Ahli Parlimen yang melanggar peraturan terutama mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi sidang Parlimen bakal dikenakan denda maksimum RM10,000.

Memetik laporan media tempatan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan sebahagian daripada pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952.

"Akta ini akan dipinda termasuk menaikkan denda maksimum daripada RM1,000 kepada 10,000 kepada ahli Parlimen yang melanggar peraturan dalam usaha ke arah menjadikan Parlimen kelas pertama.

“Ini memastikan denda yang dikenakan kepada ahli Parlimen yang membuat kata-kata tidak berparlimen dan mereka juga boleh digantung daripada Parlimen,” katanya.

Menurut Johari, diharapkan pindaan akta itu dapat membentuk perbahasan sidang Parlimen yang lebih profesional.

“Akta ini akan digubal bagi memastikan ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara dengan menghentikan segala tindakan dan kata-kata yang tidak berparlimen.

“Saya harap sidang akan datang, kita akan dapat menghasilkan perbincangan yang lebih baik bayar atau ahli Parlimen akan dikenakan RM10,000 atau keluar dari Dewan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: