Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga 8 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa di Pitas, Paitan dan Tawau itu ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245).

"Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang dari 1,401 keluarga
  • Mangsa banjir ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara
  • Pitas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,171 orang
  • Banjir menjejaskan 70 kampung di Pitas, Paitan dan Tawau
  • Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa kawasan pedalaman Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!