Exco Terengganu ditahan SPRM, Pas terbuka untuk disiasat - Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Pas sentiasa terbuka untuk disiasat mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan seorang Exco di Terengganu ditahan agensi itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu telus untuk sebarang siasatan melibatkan pemimpinnya.

“Pas selalu terbuka untuk sebarang siasatan kepada pimpinan negeri, ahli Parlimen dan bahkan pimpinan parti.

“Pas terbuka dan telus mengenai semua hal ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penahanan seorang Exco di Terengganu oleh SPRM.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, SPRM Terengganu menahan seorang Exco kerajaan negeri kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

​Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi pada Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pas sentiasa terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk SPRM
  • Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu telus dalam sebarang siasatan
  • Pas bersedia untuk siasatan ke atas pimpinan negeri, ahli Parlimen dan pimpinan parti
  • Kenyataan ini dibuat berkenaan dengan penahanan seorang Exco di Terengganu oleh SPRM
  • Exco tersebut disyaki menyalahgunakan jawatan dengan mengarahkan anaknya diambil bekerja di syarikat berkaitan kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!