Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 mangsa masih berlindung di PPS

Kampung Tebakang Bidayuh dilanda banjir susulan hujan berterusan yang menyebabkan limpahan Sungai Batang Kayan. Foto: Bernama
Kampung Tebakang Bidayuh dilanda banjir susulan hujan berterusan yang menyebabkan limpahan Sungai Batang Kayan. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi dengan 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 pada sebelah pagi.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini, menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.

Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi, melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.

Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 367 orang daripada 137 keluarga pagi tadi.

Kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga, manakala selebihnya di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang
  • Di Sarawak, hanya 29 PPS masih aktif menempatkan 2,802 mangsa
  • Sebelas PPS di kawasan Samarahan, Gedong, Siburan, dan Balai Ringin ditutup
  • Jumlah mangsa banjir meningkat di beberapa lokasi di Sarawak termasuk PPS Sekolah Kebangsaan Krusen dan PPS Dewan Suarah
  • Di Sabah, jumlah mangsa banjir menurun ke 366 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!