Banjir Sabah semakin buruk, sekolah tenggelam

Keadaan SK Pandan Mandamai Pitas ditenggelami air banjir yang tular di media sosial.
Keadaan SK Pandan Mandamai Pitas ditenggelami air banjir yang tular di media sosial.
A
A
A

KOTA KINABALU - Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dilaporkan semakin buruk apabila beberapa bangunan sekolah hampir ditenggelami air.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Mandamai, Pitas yang tular di media sosial selepas air banjir dilihat hampir mencecah bumbung sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang mengesahkan perkara itu berkata, daerah Pitas telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir dan beberapa sekolah turut terkesan.

"Ada beberapa sekolah terlibat iaitu SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II. 

"Banyak laluan ke sekolah-sekolah juga tidak boleh dilalui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, Raisin berkata kebetulan sekolah tidak beroperasi kerana murid dan pelajar sedang bercuti.

"Sekarang cuti sekolah dan murid tidak perlu ke sekolah tapi kita harap keadaan reda sebelum buka sekolah Isnin depan," tambah beliau.

Sementara itu, gambar yang tular menunjukkan keadaan SK Pandan Mandamai yang hampir tenggelam akibat banjir.

Hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan daerah lain, termasuk Kota Marudu, Telupid dan Sandakan turut terjejas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Banjir melanda beberapa daerah di Sabah menyebabkan bangunan sekolah hampir ditenggelami air
  • Daerah Pitas diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir
  • Sekolah yang terlibat termasuk SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan SMK Pitas II
  • Laluan ke sekolah-sekolah terjejas tidak boleh dilalui
  • Murid dan pelajar sedang bercuti, harap keadaan reda sebelum sekolah dibuka semula

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!