Banjir di Sarawak pulih

KUCHING - Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya berikutan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi iaitu Masjid Darul Istiqlaal, dekat sini, ditutup tengah hari tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan ditutup pada 12.30 tengah hari.
"PPS itu telah beroperasi sejak semalam bagi menempatkan 65 orang daripada 18 keluarga penduduk Kampung Sungai Maong,” menurut kenyataan itu.
Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara. - Bernama
Ringkasan AI
- Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya
- Satu-satunya PPS di Masjid Darul Istiqlaal, dekat Kuching, telah ditutup
- PPS tersebut ditutup pada 12.30 tengah hari
- PPS itu beroperasi sejak semalam dengan menempatkan 65 orang dari 18 keluarga Kampung Sungai Maong
- Cuaca lembap berterusan di Sarawak dijangka sepanjang minggu ini dengan hujan akibat luruan angin monsun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
