Banjir Sabah: Paras air masih tinggi, laluan utama dan kampung tenggelam

Rumah penduduk yang masih dinaiki air banjir ketika tinjauan Sinar Harian hari ini.
Rumah penduduk yang masih dinaiki air banjir ketika tinjauan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

PITAS - Walaupun hujan telah berhenti, keadaan banjir di Pitas masih menjejaskan beberapa kawasan apabila beberapa jalan utama tidak dapat dilalui kenderaan kecil berikutan paras air yang masih tinggi.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Taka dan Kabatasan Laut mendapati rumah penduduk turut dinaiki air, khususnya di kawasan rendah yang masih ditenggelami banjir.

Setakat jam 8 pagi Sabtu, sebanyak 30 kampung di daerah ini terjejas dengan 1,515 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain Pitas, dua lagi daerah yang turut terjejas akibat banjir di negeri ini ialah Kota Marudu dan Paitan, dengan jumlah mangsa masing-masing 1,978 dan 192 orang.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hujan telah berhenti tetapi keadaan banjir di Pitas masih menjejaskan beberapa kawasan
  • Beberapa jalan utama tidak dapat dilalui kenderaan kecil akibat paras air yang masih tinggi
  • Rumah penduduk di Kampung Taka dan Kabatasan Laut dinaiki air
  • Sebanyak 30 kampung di Pitas terjejas dengan 1,515 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara
  • Selain Pitas, Kota Marudu dan Paitan juga terjejas dengan jumlah mangsa masing-masing 1,978 dan 192 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!