Sentiasa pantau anak lelaki, jangan sampai jadi pemangsa!

Pantau anak bukan bererti mengongkong tetapi ia bermaksud berani menegur, menasihati dan mengingatkan mereka walaupun anak-anak itu sudah dewasa. Gambar hiasan
Pantau anak bukan bererti mengongkong tetapi ia bermaksud berani menegur, menasihati dan mengingatkan mereka walaupun anak-anak itu sudah dewasa. Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan percaya ramai ibu ayah merasakan tugas mendidik anak-anak terutamanya anak lelaki tamat bila mereka sudah dewasa, bekerja, pandai memandu dan tahu cari jalan pulang ke rumah.

Lalu ibu ayah melepaskan mereka dengan ayat klasik yang sering diungkapkan kebanyakan orang: “Dah besar, pandai-pandailah jaga diri.”

Bagi Merak Jalanan hakikatnya, besar tubuh badan tidak sama dengan besarnya akhlak. Biasanya kita terlalu fokus memantau anak ketika mereka kecil; takut terjatuh, cedera, diculik orang jahat dan sebagainya.

Akan tetapi bila mereka sudah dewasa, kita lupa untuk bertanya perkara paling asas dalam kehidupan: “Bagaimana mereka menjaga pergaulan, menghormati wanita, memahami batas dan maruah?”

Dengan pemantauan ibu ayah itu, anak-anak akan sentiasa ingat dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama dan undang-undang.

Tanpa pemantauan itu, mereka yang bebas di dunia luar itu boleh sahaja melakukan apa-apa sahaja, ditambah pula rakan-rakan yang boleh mempengaruhinya.

Jika rakan yang baik akhlaknya, baguslah buat dirinya. Jika rakan yang sebaliknya, bila-bila masa sahaja anak-anak boleh terjerumus ke dalam lembah yang sangat gelap hingga memusnahkan masa depannya.

Kes seorang figura yang berpendidikan agama yang didapati bersalah dengan tuduhan merogol baru-baru ini biarlah dijadikan panduan kepada kita, ibu ayah semua.

Pantau anak bukan bererti mengongkong. Ia bermaksud berani menegur, menasihati dan mengingatkan mereka walaupun anak-anak itu sudah dewasa.

Artikel Berkaitan:

Pesan Merak Jalanan, lebih baik kita ibu ayah malu dan mula menegur mereka pada hari ini, daripada malu apabila anak orang lain menjadi mangsa esok hari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!