Kenderaan tentera Malaysia mula masuk ke Nunukan

Kemasukan kenderaan itu melalui operasi yang sah. - Foto: Agensi
Kemasukan kenderaan itu melalui operasi yang sah. - Foto: Agensi
A
A
A

NUNUKAN – Kemunculan sebuah kenderaan taktikal Tentera Darat Malaysia di Desa Long Bawan, Kecamatan Krayan, Nunukan, Kalimantan Utara mencetuskan pertanyaan dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya ketika isu berkaitan sempadan Indonesia–Malaysia melibatkan tiga kampung kembali diperkatakan, lapor Tribun Pekanbaru.

Kenderaan berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran ZC 6735 dipercayai memasuki wilayah Republik Indonesia (RI), sekali gus menimbulkan spekulasi awam berhubung kemasukan aset ketenteraan asing di kawasan sensitif tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pentadbiran Daerah Krayan (Camat), Roni Firdaus menjelaskan bahawa kehadiran kenderaan Tentera Darat Malaysia (TDM) di wilayah itu adalah dengan kebenaran pihak berkuasa Indonesia dan tidak melibatkan sebarang operasi ketenteraan.

Menurut beliau, pergerakan kenderaan berkenaan adalah semata-mata bagi tujuan logistik dan telah memperoleh kelulusan rasmi daripada pihak berkaitan.

“Ia merupakan aktiviti operasi mereka. Di kawasan sempadan juga terdapat Pos Gabungan Malaysia (Posgabma). Justeru, pergerakan itu dibenarkan dan segala urusan pentadbiran telah melalui Pasukan Petugas Pengamanan Sempadan (Pamtas) yang berpangkalan di Teluk Midang,” jelasnya baru-baru ini.

Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa kemunculan kenderaan tentera Malaysia berkenaan melibatkan pelanggaran kedaulatan wilayah Indonesia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kenderaan taktikal Tentera Darat Malaysia muncul di Desa Long Bawan, Indonesia mencetuskan pertanyaan
  • Kenderaan tersebut memasuki wilayah Indonesia dengan nombor pendaftaran ZC 6735, menimbulkan spekulasi
  • Kehadiran kenderaan dijelaskan oleh Ketua Pentadbiran Daerah Krayan sebagai aktiviti logistik dengan kebenaran Indonesia
  • Pergerakan kenderaan memperoleh kelulusan rasmi dari pihak berkaitan
  • Penjelasan ini menafikan dakwaan pelanggaran kedaulatan wilayah Indonesia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!