Sudah-sudahlah 'memondan', mati diurus sebagai lelaki juga

Ada yang memilih untuk hidup dan tampil seperti wanita, lengkap dengan solekan, gaya dan tingkah laku. Ketika di dunia, itulah identiti yang dituntut dan dipertahankan. Foto dijana AI
Ada yang memilih untuk hidup dan tampil seperti wanita, lengkap dengan solekan, gaya dan tingkah laku. Ketika di dunia, itulah identiti yang dituntut dan dipertahankan. Foto dijana AI
A
A
A

MERAK Jalanan perasan, zaman sekarang ramai yang begitu yakin menonjolkan diri mengikut kehendak sendiri.

Cara berpakaian, gerak-geri, paparan di media sosial, semuanya mahu ditunjukkan tanpa rasa segan, seolah-olah tiada lagi garis yang perlu dijaga atau dipertimbangkan.

Lebih menghairankan, apabila ditegur secara baik, si pelakunya pula cepat melenting. Teguran dianggap serangan, nasihat disalah tafsir sebagai kebencian.

Ada yang memilih untuk hidup dan tampil seperti wanita, lengkap dengan solekan, gaya dan tingkah laku. Ketika di dunia, itulah identiti yang dituntut dan dipertahankan.

Namun Merak Jalanan terfikir satu perkara yang jarang dibincangkan secara jujur. Bagaimana pula saat nyawa berpisah daripada badan?

Hakikat yang sukar ditelan, pengurusan jenazah dalam masyarakat kita masih berpegang kepada fitrah asal. Waktu itu, bukan media sosial yang menentukan, bukan kehendak peribadi yang diangkat tetapi hukum yang berjalan seperti biasa.

Ketika hidup mahu diiktiraf sebagai ini dan itu, saat mati, aturan kembali kepada asal kejadian.

Di sinilah timbul persoalan yang mengusik fikiran. Sepanjang hayat, tubuh dipamer dan identiti dituntut, namun pengakhiran tetap tidak berubah.

Yang mengurus jenazah bukan pengikut di alam maya tetapi keluarga yang terpaksa menelan realiti serta memikul beban emosi.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tidak mahu menghakimi sesiapa. Cuma mengajak berfikir. Sebelum terlalu jauh menuntut pengiktirafan dunia, elok direnung sejenak bagaimana kita mahu dikenang dan dalam keadaan apa kita mahu kembali kepada Pencipta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!