Hilang 23 hari, lelaki ditemui mati dikerat, ditanam di 5 lokasi

Polis Thailand menjalankan siasatan di lokasi. Gambar kecil: Mangsa hilang secara misteri lebih 23 hari lalu. - Agensi
Polis Thailand menjalankan siasatan di lokasi. Gambar kecil: Mangsa hilang secara misteri lebih 23 hari lalu. - Agensi
A
A
A

THAILAND – Polis wilayah Chonburi menemui mayat seorang lelaki warga Rusia berusia 30 tahun yang dipercayai dibunuh dengan kejam pada 1 Februari lalu.

Bahagian tubuh mangsa yang dikerat itu ditanam secara berasingan di lima lokasi berbeza di sepanjang tebing sebuah kolam di Soi Phatthanakan 4, Pattaya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang secara misteri selama lebih 23 hari dan kes kehilangannya pernah dilaporkan media selepas polis meminta bantuan orang awam.

Ibu mangsa dilaporkan telah datang dari Rusia ke Thailand untuk membuat laporan orang hilang, sekali gus mencetuskan siasatan lanjut pihak berkuasa.

Penemuan keratan badan mangsa yang mengejutkan banyak pihak.-Agensi
Penemuan keratan badan mangsa yang mengejutkan banyak pihak.-Agensi

Dalam siasatan tersebut, polis menemui mesej perbualan berunsur ugutan yang menuntut pembayaran semula hutang melebihi AS$120,000 (RM437,000).

Pihak berkuasa percaya, motif pembunuhan berkait rapat dengan hutang yang gagal dijelaskan, yang didakwa berpunca daripada perkongsian perniagaan ganja yang berakhir dengan pertikaian.

Seorang suspek warga asing yang belum dikenal pasti telah ditahan dan kini sedang disoal siasat.

Artikel Berkaitan:

Polis turut giat mengesan dan memburu rakan subahat lain, termasuk individu warga Thailand dan warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Kes ini kini dikendalikan oleh Balai Polis Nongprue dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Ringkasan AI

  • Polis Chonburi Thailand menemui mayat lelaki Rusia berusia 30 tahun yang dikerat dan ditanam di lima lokasi berbeza
  • Mangsa dilaporkan hilang lebih 23 hari sebelum penemuan mayat
  • Ibu mangsa dari Rusia membuat laporan orang hilang, memicu siasatan lanjut
  • Mesej ugutan menuntut hutang AS$120,000 berkaitan dengan perniagaan ganja dianggap motif pembunuhan
  • Seorang suspek warga asing ditahan, polis sedang mencari rakan subahat lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!