Penyokong Najib berkumpul luar mahkamah, tunggu keputusan tahanan rumah

Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin
Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin bagi menantikan keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilibat tiba di mahkamah dari Penjara Kajang sekitar jam 8.45 pagi.

Ketibaan Najib itu turut disambut dengan laungan daripada penyokong seperti ‘Keadilan untuk Najib’, 'Lawan tetap lawan' dan ‘Bebas Bossku’ sebagai tanda solidariti terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin
Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin

Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 November lalu, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.

Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.

Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.

Ringkasan AI

  • Penyokong tegar Najib Razak berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menantikan keputusan permohonan hukuman penjara di bawah tahanan rumah
  • Najib berada di mahkamah dari Penjara Kajang
  • Penyokong laungkan slogan sokongan ketika ketibaan Najib
  • Najib menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun atas kes penyelewengan dana
  • Keputusan permohonan hukuman di bawah tahanan rumah diawalkan kepada 22 Disember

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!