'Jauh sangat lari Woo Kah Leong' - Ahmad Fadhli bidas Ketua DAPSY

Hantaran yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhli di Facebook.
Hantaran yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhli di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong yang meminta untuk mengkaji cara pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Ahmad Fadhli menerusi laman Facebook berkata, pelantikan Pengerusi PN adalah perkara yang berbeza dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pilihan raya Datuk Bandar yang jelas merupakan isu rakyat.

Menurutnya, UEC dan pilihan raya Datuk Bandar melibatkan wang rakyat, isu negara dan pembayar cukai

"Jauh sangat tu lari Woo Kah Leong, perbandingan yang tidak sama dan bukankah anda sendiri sedang memperjuangkan lulusan UEC agar diterima ke universiti awam? Itulah isu rakyat dan kami terlibat.

"Isu Pengerusi PN, anda tidak terlibat. Sebagaimana pertelagahan anda dengan Pemuda UMNO, putus hubungan di Melaka dan lain-lain, kami tidak terlibat.

"Berapa lori kami ada calon PM pun, bukan isu anda, ia isu kami," katanya pada Rabu.

Sebelum ini, Kah Leong menerusi satu hantaran di Facebook menggesa supaya mengkaji terlebih dahulu cara melantik Pengerusi PN selepas Ahli Parlimen Pasir Mas membangkitkan sistem UEC dan pilihan raya Datuk Bandar.

"Pengerusi PN meletakkan jawatan sebulan yang lalu, kini dah nak sampai Tahun Baru Cina, pun masih tidak mampu melantik Pengerusi PN yang baru padahal calon Perdana Menteri daripada Pas adalah sebanyak empat lori.

Artikel Berkaitan:

"Lantik Pengerusi PN, apa nak takut kan?" katanya.

Ringkasan AI

  • Ketua Penerangan Pas membidas kenyataan Ketua DAPSY mengenai pelantikan Pengerusi PN
  • Pelantikan Pengerusi PN dilihat berbeza dengan isu UEC dan pilihan raya Datuk Bandar yang melibatkan wang rakyat
  • Ahmad Fadhli menyatakan, isu pelantikan Pengerusi PN tidak melibatkan Woo Kah Leong dan bukan isu rakyat
  • Pengerusi PN yang lama telah meletak jawatan dan belum ada pengganti sehingga hampir Tahun Baru Cina
  • Perbandingan yang dibuat oleh Woo mengenai cara pelantikan Pengerusi PN dengan isu UEC dan pilihan raya Datuk Bandar dilabel sebagai tidak sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!