[VIDEO] Guru didakwa cuba bunuh isteri

A
A
A

BALIK PULAU - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada 27 Ogos lalu.

Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Terdahulu, Ahzal Fariz memaklumkan, Muhammad Nazmi layak dibicarakan selepas mahkamah menerima laporan lengkap psikatari daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta yang merawatnya dan laporan itu menyatakan dia sesuai untuk menghadapi prosiding.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nazmi didakwa cuba membunuh isterinya, Hanis Sofea Hamdan, 28, menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Lintang Bayan 1, Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas, kira-kira jam 5.45 pagi pada 27 Ogos lalu.

 Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada 27 Ogos lalu.
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada 27 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Asma’ ‘Amira Shahidani tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin selain mengambil kira keselamatan mangsa yang juga isteri tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, Muhaimin Hashim, Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan yang mewakili tertuduh mohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan atas alasan anak guam mereka masih berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah Cina di negeri ini dan telah ditahan hampir tiga bulan menyebabkan dia berisiko kehilangan pekerjaan sebagai penjawat awam.

Artikel Berkaitan:

"Anak guam kami telah menerima rawatan psikiatri bagi ‘major depressive disorder' dan dibekalkan ubat termasuk antidepresan mirtazapine oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta.

"Jika tertuduh dijamin, dia bersedia mematuhi syarat tambahan termasuk melapor diri di balai polis terdekat serta tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis sehingga kes selesai, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula dan serahan dokumen pada 6 Januari depan.

Pada 27 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita nyaris maut selepas ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tunas Muda, Sungai Ara.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi itu disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas kediaman.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati suspek berusia 30 tahun yang juga seorang guru itu membuat pinjaman bank untuk pelaburan saham selain pembayaran ansuran barangan yang dibeli melalui platform e-dagang.

 

Ringkasan AI

  • Seorang guru mengaku tidak bersalah cuba membunuh isterinya
  • Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi didakwa menggunakan pisau
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan
  • Tertuduh menerima rawatan psikiatri dan ubat antidepresan
  • Kes akan diselesaikan pada 6 Januari depan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!