Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa lihat wajah Zara Qairina sedikit pucat ketika di tandas

KOTA KINABALU - Saksi ke-29 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendakwa bahawa wajah pelajar Tingkatan Satu itu kelihatan sedikit pucat ketika berada di dalam tandas.
Saksi yang juga kanak-kanak ke-20 memaklumkan perkara itu ketika memberi keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini pada Khamis.
Menurut Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, saksi berkata, sekitar jam 12.30 tengah malam 16 Julai lalu dia mengalami sakit perut dan pergi ke tandas di aras tiga dengan ditemani seorang rakannya.
"Di sana mereka terserempak dengan seorang lagi pelajar junior dari bilik dorm Zara. Rakan bilik dorm Zara itu memberitahu mereka bahawa Zara sedang berada di dalam tandas nombor satu.
"Saksi berkata, mereka bertiga menunggu Zara keluar dari tandas tersebut tapi Zara tidak keluar-keluar. Mereka menunggu Zara kira-kira lima minit kerana saksi mahu menggunakan tandas yang sama," katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.
Tambahnya, saksi berkata, mereka tidak panggil Zara Qairina atau mengetuk pintu tandas tersebut tetapi sambil menunggu mereka mengisi air di dalam gelen.
"Semasa mengisi air, dua rakan saksi keluar menunggu di koridor tandas. Semasa saksi menunggu, dia menghadap cermin dan dia ternampak dari cermin kepala dan muka Zara di atas dinding tandas nombor satu dan saksi berkata, keadaan Zara seolah-olah sedang memerhati siapa yang ada dalam tandas.
"Lampu tandas ketika itu terpasang dan saksi dapat cam Zara. Muka Zara pada ketika itu kelihatan 'pucat-pucat sikit'," katanya.
Tambah peguam itu lagi, saksi terus keluar mendapatkan dua rakannya yang menunggu di koridor tandas dan bersembang dengan mereka sambil menunggu Zara Qairina keluar dari tandas.
"Dari luar saksi ada mendengar Zara memijak mangkuk tandas dan saksi tidak lagi masuk balik ke dalam tandas. Ketika itu jam menunjukkan 12.50 tengah malam, dan saksi bersama rakannya ke bilik dorm Zara untuk membangunkan ketua dorm serta ahli bilik dorm Zara.
"Saksi berkata, dia bersama rakan ada memberitahu mereka bahawa Zara berkurung dan tidak keluar dari tandas berkenaan. Tujuan mengejutkan mereka supaya boleh temankan saksi ke tandas untuk melihat keadaan Zara.
"Saksi perhatikan rakannya berada dalam keadaan cemas semasa mengejutkan ahli bilik dorm lain. Namun, tidak ada dalam kalangan mereka yang mahu bangun temankan untuk kembali ke tandas.
"Ketua dorm cuma berkata, 'kenapa dia berkurung juga tu? Biar la dia tu'. Ahli dorm lain pula kelihatan mamai dan menyambung semula tidur. Selepas itu, saksi berkata, mereka tidak kembali ke tandas tetapi bergerak semula ke bilik dorm saksi sebelum tertidur," katanya.
Mohd Syarulnizam berkata, saksi menyatakan dia hanya mengetahui kejadian berkaitan Zara Qairina selepas keesokan harinya bahawa pada malam 15 Julai tersebut ada pelajar senior memarahinya.
"Pada awal pagi 16 Julai, sekitar jam 4.30 pagi, saksi bangun dikejutkan seorang rakan dorm yang berkata kepadanya, 'Zara terjun dari aras 2, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah'.
"Saksi berkata, dia tidak percaya Zara terjun, tetapi bila dia keluar ke koridor bilik dorm dan menjenguk ke aras bawah dia melihat kesan darah di tepi longkang. Ada ramai pelajar juga berdiri di koridor aras 3 ketika itu.
"Saksi berkata, dia tidak tahu dari mana rakannya dengar Zara terjun dari aras 2. Dia juga tidak tahu tentang sesiapa yang ada nampak Zara terjun. Saksi sendiri masih terfikir sama ada Zara terjun dari aras 2 ataupun aras 3. Sambil itu saksi juga bergegas dan bersiap untuk ke surau untuk sembahyang Subuh," katanya.
Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Saksi melihat wajah Zara Qairina pucat dalam tandas
- Saksi dan dua rakan menunggu Zara keluar dari tandas
- Mereka dengar Zara memijak mangkuk tandas tetapi tidak masuk semula
- Saksi mengetahui tentang kematian Zara keesokan harinya
- Zara ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal di hospital esok hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
