Wanita OKU hilang ditemukan lemas

TAWAU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual berusia 33 tahun dan tidak boleh bertutur ditemukan lemas di sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn di sini pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat wanita itu dijumpai tersangkut di tepi sungai oleh penduduk kampung pada 2 petang.
"Berdasarkan maklumat, wanita itu disedari hilang oleh bapanya pada 12 tengah hari tadi dan pencarian awal dilakukan penduduk kampung.
"Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan mayat itu daripada pihak polis pada 1.56 tengah hari dan tiba di lokasi pada 2.03 petang untuk membantu mengeluarkan mayat dari sungai,” katanya dalam kenyataan.
Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian manakala operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 2.38 petang.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
